Thursday, 12 February 2015
TAJUK 5 : INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
5.0 SINOPSIS
Negara sedang menuju ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju menurut acuan sendiri. Sehubungan dengan itu, sudah menjadi tugas pendidik yang bertindak sebagai pelaksana pendidikan untuk menyiapkan diri menghadapi gelombang inovasi dalam pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan selaras dengan perkembangan global dan dunia tanpa sempadan. Seorang guru masa kini perlu bijak dalam menangani semua perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan, bijak mengenalpasti dan mengaplikasi pelbagai strategi dan kaedah yang inovatif dalam pendidikan, mahir dalam menggunakan semua jenis teknologi dalam pengajaran dan mampu menyesuaikan diri dalam perubahan teknologi tersebut. Seseorang guru masa kini juga perlu mahir dalam merancang reka bentuk resos yang inovatif serta mampu menggunakan pelbagai reka bentuk pentaksiran dan penilaian yang terkini serta inovatif. Diharap dengan kemampuan guru mendepani semua perubahan dalam sistem pendidikan masa kini akan mampu meletak Malaysia sebaris dengan negara-negara yang maju pada tahun 2020.
5.2 STRATEGI PENGAJARAN INOVATIF
5.2.1 Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning / PBL)
Definisi PBL
Proses pembelajaran ini berfokuskan tugasan berdasarkan isi pelajaran yang melibatkan kutipan dan analisis data serta penyediaan satu laporan yang lengkap dan betul secara holistik. Pelajar dapat melalui pengalaman belajar yang kompleks berdasarkan situasi sebenar terhadap permasalahan autentik yang memerlukan pemikiran kritis. Proses pembelajaran memerlukan pelajar mengaplikasi pelbagai sumber maklumat, menentukan dan mengurus sumber, masa dan bahan pembelajaran. Pelajar mempunyai autonomi dalam membina pembelajaran masing-masing dan rasa tanggungjawab dalam diri mereka akan turut meningkat.
Kriteria Pemilihan projek PBL
Projek perlu menarik dan bermafaat serta dapat membina kemahiran baru, namun masih berfokus kepada aktiviti pembelajaran bukannya pentaksiran .
5.2.2 Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)
Konsep PBM
Pembelajaran berasaskan masalah disokong oleh konsep pembelajaran secara kendiri bagi memudahkan para pensyarah dan pelajar melalui proses pembelajaran yang lebih berkesan dan efektif. PBM merangkumi cabaran kepada keadaan penyelesaian masalah sebenar berkaitan topik yang dibincangkan, melibatkan penggunaan akal dan fikiran yang kritikal serta menyeluruh, kemahiran meyelesaikan pemasalahan yang berkaitan, memenuhi keperluan dan disiplin kerja atau tugasan, pembelajaran kendiri, gerak kerja berpasukan dan menguasai kemahiran komunikasi, serta bertanggungjawab dan gigih dalam menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan.
Langkah-langkah Pembelajaran Berasaskan Masalah
i. Kemukakan masalah
ii. Jelaskan hasil pembelajaran
iii. Sediakan persekitaran pembelajaran yang selamat
iv. Sediakan bimbingan & strategi “coaching apprenticeship” dan “scaffolding”
v. Sediakan resos pembelajaran (modul pembelajaran, sumber pengayaan/ pemulihan, multimedia)
vi. “Debriefing”
vii Penilaian – secara berkumpulan dan individu
5.2.3 Pembelajaran Elektronik
Konsep pembelajaran elektronik Dimensi pembelajaran secara kolaboratif melalui perbincangan atau interaksi secara bersemuka dapat dilanjutkan dan diperluas lagi secara dalam talian selari (synchronous) atau tidak selari. Melalui pendekatan ini juga, pelajar mempunyai masa pembelajaran yang lebih anjal untuk berinteraksi sesama mereka atau dengan pensyarah. Pelajar dapat menjimatkan masa dalam proses pengukuhan fakta perbincangan melalui carian maklumat di internet tanpa perlu meninggalkan sesi perbincangan dalam talian. Infostruktur ICT dalam aspek e-pembelajaran, terdiri daripada tiga komponen utama iaitu perkakasan komputer (sistem server, sistem rangkaian dan komputer pengguna), perisian serta aplikasi e-pembelajaran dan pelbagai kategori pengguna (pengajar, pelajar, pereka bentuk pengajaran, pembangun kandungan dan staf teknikal).
5.2.4 Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang (PBLS)
Konsep PBLS
PBLS menggunakan gabungan streaming video, penerangan berbantukan power point, penerangan audio dan penyampaian- penyampaian lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran lebih luas dan kaya dengan sumber pembelajaran yang pelbagai dengan pautan laman berkaitan serta audio dan video. Maklumat pembelajaran, pentaksiran dan perkongsian idea serta pandangan menjadi lebih mudah, pantas dicapai dan dapat disebarkan melalui paparan menerusi laman sesawang.
5.3 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN
5.3.1 Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran
Penggunaan teknologi dalam P&P telah dapat meningkatkan kualiti pengajaran. Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah memberi kesan yang kuat hingga merubah kaedah dan teknik pengajaran tersebut. Antaranya ialah :
i. media tayang seperti powerpoint, video, filem dan papan interaktif. Penggunaan multimedia dalam pengajaran banyak membantu guru untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang.
ii. Internet dalam pengajaran – penggunaan emel, blog, portal dan laman sesawang memberi ruang untuk guru membimbing dan mengukuhkan pembelajaran.
iii. Perpustakaan Maya - E-jurnal dan e-buku. Perpustakaan maya membolehkan pelajar mengakses pengkalan data (database) untuk mendapatkan maklumat.
iv. Web-based learning – Bahan P&P dengan mudah boleh dipaparkan di laman sesawang. Dengan cara tersebut maklumat mudah diakses oleh pelajar.
v. Pembelajaran secara atas talian (On-line learning) – Kewujudan rangkaian pendidikan yang berkesan membolehkan pendidikan jarak jauh dilakukan.
vi. Penggunaan ICT dalam P&P -Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah (PPK, 2001).
5.3.2 Impak Teknologi Dalam Pengajaran
1. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.
2. Penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.
3. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat.
4. Pelajar tidak mudah berasa jemu dan bosan.
5. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
6. Guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran
7. Mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan
pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.
8. Membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan
pengetahuan terkini dengan lebih cepat serta efisen.
5.4 PERKEMBANGAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN
Guru pada hari ini berdepan dengan pelajar yang dikenali sebagai generasi internet. Mereka lebih selesa dengan dunia internet dan cekap serta pantas menguasai kemahiran dalam pelbagai unsur baharu dalam internet. Maka persekitaran pembelajaran juga perlu berubah daripada bilik darjah formal kepada bilik darjah maya, seterusnya akan mengubah
persekitaran pembelajaran kepada pembelajaran personal.
5.5 REKA BENTUK RESOS
5.5.1 Konsep Reka Bentuk Resos
Rekabentuk resos digunakan untuk membangunkan pelbagai jenis bahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan resos tradisional seperti bahan bercetak, bahan 2-D dan 3-D ataupun resos terkini seperti bahan berbantukan komputer melalui pelbagai media audio-visual, pengaksesan maklumat, pembelajaran secara online dan jaringan sosial.
Model Reka Bentuk Resos
1. Model Berorientasikan Bilik Darjah
Guru merancang pelajaran untuk satu atau dua waktu dan menyediakan reka bentuk pengajaran sebelum masuk ke bilik darjah. Contoh-contoh model RP beroreintasikan bilik darjah adalah model Gerlach dan Ely (1980), model ASSURE (1996), model Kemp (1985) dan model Dick dan Reiser (1989).
2. Model Berorientasikan Produk
Contoh model yang berorientasikan produk adalah model Van Patten (1989), model Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) dan model Bergman dan Moore (1990).
3. Model Berorientasikan Sistem
Contoh model yang berorientasikan sistem adalah model IDI (1973), model IPISD (1975), model Dick dan Carey (1979), model Diamond (1989) dan model Seels dan Glasgow (1990).
5.6 REKA BENTUK PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN YANG INOVATIF
Konsep Penilaian Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Ia sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran yang bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap. Ia merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.
Pentaksiran Pembelajaran
Tujuan pentaksiran adalah untuk memastikan pembelajaran berlaku seperti yang dirancang selain membantu guru merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran dapat memberikan manfaat kepada guru dan murid dalam bentuk maklum balas bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
Perkembangan Dalam Pentaksiran Pembelajaran
A. Pentaksiran Prestasi
Menilai perkembangan pembelajaran pelajar secara langsung apa yang dapat dibuat, bagaimana proses dan pengalaman pembelajaran. Proses ini menilai keupayaan pelajar dalam melakukan sesuatu atau menggunakan sesuatu kemahiran dalam menghasilkan sesuatu yang baharu. Pentaksiran dibuat melalui pemerhatian terhadap apa sebenarnya dialami dan dihasilkan oleh pelajar. Pentaksiran prestasi juga dikenali sebagai pentaksiran autentik.
B. Pentaksiran Berasaskan Portfolio
Portfolio ialah satu bentuk bukti proses perkembangan pembelajaran. Penyediaan portfolio merupakan antara keperluan dalam pentaksiran prestasi.
C. Pentaksiran Kendiri
Pentaksiran kendiri melibatkan pelajar menilai diri sendiri; apa yang telah dipelajari dan bagaimana dia mempelajarinya. Pelajar akan memantau perkembangan dan kemajuan pembelajaran mereka berdasarkan objektif dan hasil pembelajaran.

TAJUK 4 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU
4.0 SINOPSIS
Tanggungjawab guru kini kian mencabar bukan sahaja melalui profesion keguruan itu sendiri tetapi juga dari masyarakat yang telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap guru dan sekolah. Justeru, kestabilan emosi guru sangat diperlukan untuk mengelakkan sebarang tekanan dalam melaksanakan amanah yang telah ditetapkan. Sewajarnya seseorang guru mempunyai keupayaan untuk menjalankan semua tanggungjawab yang diberi tanpa sebarang tekanan. Ini kerana guru mempunyai peranan yang penting untuk membangunkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sehubungan itu, sangatlah penting seseorang guru mengurus tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka tanpa stres dan tekanan. Sekiranya guru gagal mengurus emosi dan stres yang dihadapi, maka sukarlah baginya untuk membentuk modal insan sebagaimana yang diharapkan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan.
4.1 STRES
4.1.1 Konsep Stres
Stres adalah satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada masa kini. Dari sudut bahasa stres membawa maksud tekanan di mana tekanan ini adalah fitrah kehidupan (Harunsani,2004 dalam Mohd Taib dan Hamdan 2006). Menurut Mohd Salleh (1994) stres adalah reaksi fizikal dan mental seseorang akibat sesuatu situasi yang menyebabkan ketidakselesaan dalam hidup. Ketidakselesaan ini boleh memberi dua kesan berbeza kepada individu iaitu sama ada kesan positif atau negatif. Stres pada kadar rendah adalah positif kerana ia boleh menggerakkan individu untuk mencapai apa yang ingin dicapai. Sebaliknya stres pada kadar tinggi boleh mendatangkan kemudaratan seperti kemerosotan kesihatan atau perhubungan.
Di Malaysia masalah stres dalam kalangan guru memang hebat dibincangkan dan banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengkaji aspek ini. Mengikut Kyriacou (2000) stres guru ialah pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru. Bebanan tugas guru dan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan adalah antara faktor yang menyumbang kepada masalah stres dalam kalangan guru.
4.1.2 Jenis-Jenis Stres
Mengikut Cockburn (1996) terdapat lima jenis stres yang dialami oleh guru iaitu;
Stres ‘here and now’
Stres ‘here and now’ didefinisikan sebagai stres yang wujud pada sesuatu masa atau ketika. Contohnya; ketika peperiksaan, pertengkaran atau ketika berlaku kemalangan.
Stres ‘anticipation’
Stres ‘anticipation’ merujuk kepada situasi di mana guru bertindak balas terhadap sesuatu perkara yang dijangkakan. Contohnya; apabila guru baharu dilantik untuk menjadi guru kelas dan terpaksa berjumpa dengan ibubapa dalam perjumpaan PIBG. Sebagai guru baharu yang tiada berpengalaman, situasi ini boleh menimbulkan perasaan stres ‘anticipation’.
Stres imaginatif
Stres imaginatif wujud apabila individu akan berimaginasi tentang sesuatu yang menakutkan atau negatif. Sebagai contoh; anda tinggal bersendirian di rumah dan anda mendengar pelbagai bunyi di luar. Secara tidak langsung anda akan mula mengandaikan bahawa terdapat pencuri di luar yang sedang mencuba untuk menceroboh rumah anda.
Stres Reaktif
Stres reaktif ialah stres yang wujud akibat daripada peristiwa atau pengalaman lampau. Ia berlaku secara semulajadi. Contohnya ialah apabila seseorang individu baharu sahaja kehilangan orang yang disayangi. Proses mengimbas semula pengalaman lampau ini akan menyebabkan stres reaktif berlaku.
Stres Negatif
Stres negatif ialah sesuatu yang memuncak dalam tempoh masa sama ada hari, minggu, bulan atau tahun. Ia boleh disebabkan satu punca sahaja seperti masalah kewangan atau rumah tangga.
4.1.3 Punca-Punca Stres
Menurut Faizah dan Mazlan (2010), Punca stres kehidupan merangkumi lapan faktor iaitu :
Gaya Hidup
a. Disiplin pemakan yang tidak sihat.
b. Gemar berbelanja menggunakan kad kredit walaupun ada kalanya
barangan yang dibeli tidak diperlukan.
c. Tidak dapat membezakan antara waktu bekerja dengan waktu berehat bersama –sama
Keluarga.
d. Kurang melakukan senaman bagi menjaga kesihatan diri.
e. Tidak dapat menyusun ritma tidur yang sistematik.
Kewangan
a. Mempunyai masalah disiplin kewangan yang teruk.
b. Sifat individu yang tidak pernah merancang sebelum berbelanja.
c. Gaji yang tidak mencukupi untuk menampung kehidupan peribadi dan keluarga.
d. Perancangan kewangan yang buruk.
e. Kerap terganggu dengan masalah kewangan.
Personaliti.
a. Sukar untuk melahirkan perasaan gembira.
b. Tabiat terlalu banyak bercakap daripada mendengar.
c. Kerap tergesa-gesa untuk menyiapkan sesuatu kerja.
d. Kerap mengambil keputusan tanpa berfikir secara rasional.
e. Mudah marah walaupun terhadap perkara-perkara yang remeh dan kecil.
Spiritual.
a. Tidak redha terhadap apa yang telah berlaku ke atas diri sendiri.
b. Mudah menyalahkan orang lain.
c. Sukar untuk berasa tenang apabila menghadapi sesuatu masalah atau dugaan hidup.
d. Sukar menjalinkan hubungan persahabatan.
e. Kurang bersabar dalam menghadapi sesuatu keadaan terutamanya yang melibatkan
perkara-perkara yang sukar.
Peristiwa Hidup
a. Berasa diri tidak berguna. Keadaan ini berlaku akibat sikap yang terlalu melihat
kelemahan diri dan aspek negatif berbanding aspek yang positif.
b. Seseorang yang mempunyai kenangan pahit yang sentiasa membelenggu kehidupan.
c. Berasa Tuhan tidak adil terhadap dirinya.
d. Kerap berasa kesunyian. Keadaan ini telah membuatkan individu itu merasa bosan dan
stres.
e. Masalah sejarah perpisahan yang telah membuatkan diri merana dan sentiasa
mengalami stres.
Persekitaran
a. Berasa lemas dan sesak kerana terlalu ramai anggota keluarga tinggal bersama-sama di
dalam sebuah rumah.
b. Mempunyai masalah dengan jiran.
c. Individu yang berasa bilik tidur tidak selesa dan tidak sesuai untuk dijadikan tempat
berehat.
d. Mempunyai masalah dengan suasana kehidupan keluarga yang bising dan
menyebabkan fikiran seseorang kusut.
e. Berasa tempat tinggal sekarang terlalu sesak dan tidak selesa.
Perhubungan
a. Mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja.
b. Berasa rakan-rakan sukar untuk mendengar luahan perasaan yang hendak dikongsi.
c. Mempunyai masalah sukar berasa gembira apabila bersama rakan.
d. Berasa orang yang rapat dengan anda sukar untuk memahami diri anda.
e. Mempunyai sikap tidak selesa apabila bergaul dengan masyarakat setempat.
Pekerjaan
a. Mempunyai sikap suka melambat-lambatkan kerja.
b. Mempunyai masalah dengan kawalan pelajar semasa mengajar.
c. Berasa jadual waktu mengajar yang diberikan kepadanya adalah membebankan.
d. Berasa kurang dihargai oleh pihak sekolah.
e. Seseorang yang beranggapan bahawa dasar pelajaran membebankan dan terlalu
banyak perubahan dilakukan.
4.1.4 Tanda-Tanda Stres
4.2.1 Konsep Burnout
Burnout diperkenalkan oleh Freudenberger (Wood, 2000). Burnout didefinisikan sebagai satu keadaan yang disebabkan oleh depersonalisasi, keletihan dan suatu pencapaian yang semakin menurun. Keadaan ini menunjukkan keletihan dari segi emosi, mental, fizikal yang disebabkan stres yang melampau dan berpanjangan. Keadaan ini akan menyebabkan seseorang individu menjadi hilang minat dan motivasi untuk terus melaksanakan kewajipan serta tugas dalam kehidupan seharian.
4.3 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN TEKANAN EMOSI
Berikut ialah langkah-langkah menangani stres :
Uruskan Masa Dengan Efektif
Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan. Pastikan kita mempunyai masa untuk diri sendiri dan masa untuk melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan. Lakukan aktiviti yang paling penting terlebih dahulu.
Elakkan Mengambil Dadah atau Alkohol
Dadah atau alkohol hanya sekadar menghilangkan simptom tekanan dan apabila berhenti mengambilnya, stres pasti akan kembali.
Rehat Seketika
Ketika melakukan sesuatu kerja pastikan kita berhenti rehat seketika untuk meminimumkan tekanan. Lakukan regangan, berjalan atau buat panggilan kepada rakan. Apabila kembali untuk menyambung kerja, pastikan anda dapat lakukan kerja itu dengan lebih efektif.
Kurangkan Gangguan
Ketika melakukan kerja yang penting, pastikan anda tidak diganggu. Contohnya matikan bunyi telefon, tutup pintu bilik atau pergi ke suatu tempat yang orang lain tidak dapat mencari anda.
Makan Makanan yang menyihatkan
Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak, gula dan sodium. Sekiranya bercadang untuk keluar sepanjang hari, pastikan anda mengambil dan makan makanan yang menyihatkan. Jika tidak, ia akan menyebabkan tahap tenaga menjadi rendah.
Lakukan Meditasi
Meditasi adalah senaman yang bagus dan menyihatkan. Ini termasuklah bernafas dalam-dalam yang dapat meningkatkan kerehatan pada otot-otot tubuh. Jangan lupa juga untuk mengimaginasikan suasana yang menenangkan fikiran.
Berfikiran Positif dan Belajar Mengawal Ketakutan
Elakkan daripada menumpukan kepada perkara atau fikiran negatif. Sebaliknya fokus dan katakan kepada sesuatu yang positif mengenai diri sendiri setiap hari. Jangan buang masa dengan berasa bimbang mengenai sesuatu perkara yang tidak dapat diubah atau dicapai.
Dapatkan Nasihat
Meminta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna anda lemah. Terdapat banyak sumber yang dapat membantu anda menyelesaikan stres. Jadi ambil peluang untuk menemui atau mendengar nasihat oleh pakar motivasi atau kaunselor.
Belajar Katakan 'TIDAK'
Jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakan tidak. Melakukan dan menambah projek atau kerja lain ketika sibuk akan menyebabkan anda bertambah tertekan. Berbincanglah dengan penyelia anda jika menghadapimasalah berkaitan kerja.
Dapatkan Tidur yang Cukup
Tidurlah sekurang-kurangnya 6 - 8 jam sehari. Walau bagaimanapun seseorang akan mengalami masalah tidur apabila mereka terlalu stres memikirkan dan menyiapkan kerja yang bertimbun.
Lakukan Senaman
Aktiviti fizikal adalah cara terbaik untuk menangani tekanan. Cara ini akan merembeskan endorphin dan memberikan kesegaran secara semulajadi. Teknik pengurusan tekanan paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana. Bernafas dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan. Bernafaslah dalam-dalam dan perlahan.
Rumusan
Secara keseluruhannya, gejala stres adalah suatu lumrah yang tidak boleh kita elakkan. Hal ini kerana stres adalah suatu tekanan yang boleh memberikan manfaat kepada seseorang, namun stres juga adalah punca kepada kegagalan dalam hidup. Sekiranya stres ini tidak dibendung dan dihadapi dengan waras maka gejala yang tidak sihat akan menyerang diri dan mengakibatkan kemudaratan. Oleh itu, pendekatan mudah yang diberikan penekanan di atas terhadap cara-cara menangani stres dapatlah membantu kita dalam meneruskan hidup untuk mencari nafkah dan sebagainya dengan lebih baik dan sistematik.

- Psikologikal
- Tingkah laku
- Tanda Fizikal

Wednesday, 11 February 2015
TAJUK 1 : ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA
1.0 SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan isu-isu dan cabaran pendidikan semasa; termasuklah Integrasi Nasional, Pendemokrasian Pendidikan, Tonggak Pendidikan UNESCO, Globalisasi dalam Pendidikan, Kepelbagaian Budaya, Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan Gejala Sosial. Pelajar-pelajar dikehendaki mengenal pasti dan membuat refleksi tentang cara-cara menangani isu dan cabaran pendidikan semasa tersebut.
1.1 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
i. Mengenal pasti isu-isu dan cabaran semasa.
ii. Menghuraikan dengan contoh-contoh tentang integrasi nasional.
iii. Menerangkan pendemokrasian pendidikan .
iv. Membuat refleksi tentang cara-cara menangani isu integrasi nasional dan
pendemokrasian pendidikan.
v. Mengenal pasti tonggak pendidikan UNESCO.
vi. Membincangkan ciri-ciri dalam tonggak pendidikan UNESCO.
vii. Menghuraikan faedah, kesan dan cabaran globalisasi dalam pendidikan.
viii. Mengenal pasti ciri –ciri dalam kepelbagaian budaya.
ix. Menghuraikan pengaruh dan kesan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan.
x. Mengenal pasti jenis-jenis gejala sosial dalam masyarakat Malaysia.
xi. Membuat refleksi tentang cara-cara menangani isu gejala sosial dalam Masyarakat.
xii. Menerangkan peranan guru dalam menangani gejala sosial.
1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

1.3 Pengenalan - Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa
Malaysia adalah sebuah negara yang memberi banyak penekanan kepada aspek pendidikan. Ini adalah kerana pendidikan adalah perlu bagi sesebuah negara untuk membangun dan mencapai kemajuan dan kecemerlangan. Kerajaan Malaysia telah berusaha untuk memberi penekanan kepada pendidikan ini melalui pembentukan beberapa dasar seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Namun begitu dalam melaksanakan dasar-dasar ini kerajaan, sekolah dan guru telah menghadapi beberapa cabaran. Cabaran-cabaran ini adalah disebabkan oleh kerana Malaysia ialah negara berbilang kaum dan juga faktor perubahan yang begitu pantas di peringkat global.
Guru sebagai pelaksana utama dalam bidang pendidikan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam aspek Integrasi Nasional, pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh TMK dan gejala sosial. Negara memerlukan guru yang komited, berdedikasi dan mampu berhadapan dengan semua cabaran tersebut.
1.4.2 Isu-Isu Semasa dalam Integrasi Nasional
Malaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik termasuk Melayu, Bumiputera, Cina dan India. Komposisi populasi sebegini telah menyumbang kepada perbezaan dari segi bahasa, seni, kebudayaan, dan kepercayaan dan agama yang mana merupakan cabaran yang besar bagi kerajaan untuk menyatupadukan semua kumpulan etnik tersebut. Kejadian tragedi 13 May 1969 jelas menunjukkan wujudnya prasangka dan konflik tentang integrasi nasional di negara kita. Perkara tersebut telah menyedarkan kerajaan tentang kepentingan untuk mewujudkan integrasi nasional di negara kita. Demi mengurangkan jurang sosio ekonomi antara kumpulan etnik yang berbeza dan mewujudkan hubungan yang harmoni dan bersatu di kalangan rakyat, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai polisi seperti Polisi Dasar Ekonomi Baru, Polisi Pendidikan Kebangsaan, dan Polisi Kebudayaan Kebangsaan. Pelaksanaan polisi-polisi tersebut dapat meningkatkan kefahaman Rukun Negara iaitu ideologi kebangsaan Malaysia. Rukun Negara tersebut telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional, 2005).
1.4.3 Cabaran-Cabaran dalam Integrasi Nasional
Dalam proses mengintegrasikan kumpulan etnik yang pelbagai di
negara kita, kerajaan mengalami berbagai-bagai halangan seperti berikut:
1.4.4 Cara-Cara Menangani Isu-Isu Integrasi Nasional
Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses menyatukan semua kumpulan etnik di negara kita. Pendidikan dapat membentuk modal insan yang berkembang secara holistik dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani yang mana merupakan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, banyak langkah telah diambil oleh Kementerian Pelajaran untuk melahirkan generasi masa hadapan yang bersemangat patriotik, bertoleransi, progresif dan bersatu untuk menjadikan Malaysia negara yang cemerlang. Langkah-langkah yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Tiga jenis sekolah, iaitu SK / SRK, SRJK (C) dan SRJK (T) yang terlibat dalam rancangan ini. Objektif pelan ini adalah:
i. Meningkatkan penyertaan pelajar dan guru dari ketiga-tiga jenis sekolah berkenaan dalam aktiviti-aktiviti khas.
ii. Menambahkan interaksi, persefahaman, kerjasama, muhibah dan toleransi pelajar daripada tiga jenis sekolah
iii. Penggunaan kemudahan dan peralatan tiga jenis sekolah bersama-sama secara maksimum.
Integrasi nasional boleh dicapai berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam modul yang merangkumi aspek-aspek yang disenaraikan di bawah:
1.4.4.2 Konsep 1 Malaysia
Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak. Ini adalah salah satu langkah yang paling penting yang diambil oleh Perdana Menteri untuk memupuk perpaduan negara dan untuk membina hubungan yang rapat antara semua kumpulan etnik di Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah. Menurut Laman web peribadi Perdana Menteri, 1 Malaysia adalah formula yang dikonsepsikan sebagai satu pra-syarat bagi memastikan aspirasi negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 tercapai sekiranya konsep 1 Malaysia ini diterapkan dalam minda rakyat dan diamalkan oleh seluruh masyarakat. Jika idea "Bangsa Malaysia" yang ditimbulkan melalui Wawasan 2020 menjadi destinasi akhir, maka 1 Malaysia adalah hala tuju yang membimbing kita ke arah destinasi itu.
Terdapat lapan nilai murni yang diketengahkan dalam konsep 1 Malaysia, iaitu budaya cemerlang, ketabahan, rendah hati, penerimaan,kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Nilai penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti adalah faktor yang paling penting dalam pembangunan integrasi nasional. Penerimaan bermakna rakyat negara ini mesti dapat menerima kekuatan kumpulan etnik yang lain dan mampu untuk bersetuju dengan semua perkara untuk kebaikan negara ini. Kesetiaan adalah penting kerana semua rakyat Malaysia perlu taat setia kepada raja dan negara selain daripada membina amanah untuk meningkatkan hubungan antara kumpulan etnik yang berbeza. Meritokrasi merupakan satu elemen penting bagi sebuah negara demokratik di mana semua orang di negara ini layak diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam mana-mana bidang. Pendidikan akan memastikan nilai-nilai murni terpupuk di kalangan generasi masa depan di samping menjadikan mereka modal insan kelas pertama di negara ini. Lapan nilai tersebut berfungsi sebagai tunggak dalam mengintegrasi dan menyatukan semua rakyat Malaysia untuk mencapai wawasan 2020.
1.5 Pendemokrasian Pendidikan
1.5.1 Definisi
Pendemokrasian pendidikan merujuk kepada kesamarataan peluang untuk semua orang yang mana melibatkan peruntukan kewangan dan bahan-bahan sumber yang besar, melibatkan pembangunan dasar yang direka untuk mengurangkan ketidaksamaan dari segi sosial dan ekonomi, di samping mengurangkan kos persekolahan seperti yuran dan kos bahan, melibatkan pembangunan kurikulum yang berkaitan dan kerja-kerja merangka prosedur pemilihan yang sesuai untuk peluang-peluang pendidikan di peringkat yang lebih tinggi (Kiyau, 1981). Menurut Dewey (1966) pendemokrasian pendidikan bermakna peluang yang disediakan untuk semua orang untuk berjaya dalam pendidikan dan menggunakan pendidikan sebagai alat utama untuk berjaya dalam hidup dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
1.5.2 Isu-Isu Semasa dalam Pendemokrasian Pendidikan
Banyak langkah dan dasar telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran untuk memastikan bahawa semua orang di negara ini mempunyai peluang pendidikan yang berkualiti secara percuma. Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu memastikan bahawa pelajar-pelajar yang kurang upaya juga diajar berdasarkan sistem dan kurikulum yang sama dengan pelajar-pelajar normal. Usaha kerajaan untuk mencapai matlamat pendemokrasian pendidikan yang dinyatakan di dalam dasar pendidikan adalah seperti: pendidikan wajib dan percuma untuk sekolah rendah dan sekolah menengah, pelaksanaan sekolah-sekolah vernakular (SJK Cina dan SJK Tamil), sekolah teknik, sekolah berasrama, sekolah agama dan sekolah pendidikan khas. Sekolah kurang murid (SKM) adalah untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar dari kawasan-kawasan terpencil. Dalam usaha untuk menyediakan peluang kepada orang ramai untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat pengajian tinggi, kerajaan telah mewujudkan pendidikan atas talian, kolej-kolej dan universiti swasta. Selain itu, pelbagai program seperti Skim Bantuan Pendidikan, Skim Pinjaman Buku Teks dan Pelan Makanan Tambahan telah dilaksanakan untuk membantu pelajar daripada golongan berpendapatan rendah supaya mereka terus kekal dalam sistem pendidikan dan sentiasa sihat.
1.5.3 Cabaran-Cabaran dalam Pendemokrasian Pendidikan
Pelbagai cabaran telah dihadapi oleh kerajaan dalam melaksanakan pendemokrasian pendidikan. Kerajaan perlu memastikan bahawa pendidikan berkualiti diberikan kepada pelajar-pelajar tanpa mengira latar belakang etnik, status sosio-ekonomi, lokasi dan ekuiti. Pelajar-pelajar dari sekolah luar bandar harus mempunyai hak untuk menggunakan kemudahan dan infrastruktur yang sama seperti di sekolah-sekolah bandar. Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah luar bandar juga perlu diajar oleh guru-guru terlatih dan berkualiti bagi memudahkan mereka untuk pencapaian akademik yang cemerlang.
1.5.4 Peranan Guru dalam Pendemokrasian Pendidikan
Guru memainkan peranan dalam merealisasikan matlamat
pendemokrasian pendidikan dengan memastikan peluang yang sama
diberikan kepada semua pelajar tanpa mengira etnik, jantina, status sosioekonomi,
latar belakang budaya, agama, dan kecerdasan supaya mereka
dapat memperkembangkan potensi mereka secara maksimum dan
mencapai kecemerlangan dalam akademik. Pada masa yang sama, guruguru
perlu adil dan saksama dalam semua aspek apabila berinteraksi
dengan pelajar-pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik.
1.6 Tonggak Pendidikan UNESCO
1.6.1 Pengenalan
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) adalah salah satu agensi Bangsa-Bangsa Bersatu yang memainkan peranan untuk membawa keamanan, keselamatan dan keharmonian kepada dunia dengan menggalakkan kerjasama dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan. Empat tonggak pendidikan seperti yang dinyatakan oleh UNESCO yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar ialah (1) belajar untuk mengetahui, (2) belajar untuk melakukan, (3) belajar untuk menjadi apa dan (4) belajar untuk hidup bersama.
1.6.2 Belajar Untuk Mengetahui
Belajar untuk mengetahui adalah salah satu alat yang penting dalam proses pembelajaran. Ia adalah satu alat kognitif di mana seseorang mesti memperoleh untuk memahami kerumitan persekitaran dan seterusnya memaksimumkan potensi kecemerlangan. Belajar untuk mengetahui juga sebagai keperluan asas yang dapat memudahkan pembelajaran pada masa depan. Seseorang juga mesti mengetahui orang di sekelilingnya melalui komunikasi dan interaksi yang mana akan membantu seseorang itu mencapai kejayaan dalam hidupnya. Belajar untuk mengetahui melibatkan proses pembelajaran untuk memperkembangan daya tumpuan, kemahiran mengingat dan keupayaan untuk berfikir. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu merancang satu proses pembelajaran yang menyeronokkan, memupuk minat dan rasa ingin tahu pelajar untuk mencetuskan keinginan mereka untuk mendapatkan pengetahuan baru yang lebih mendalam. Selain itu, guru juga perlu memperkenalkan kemahiran-kemahiran untuk membantu pelajar memperoleh pengetahuan yang baru.
1.6.3 Belajar Untuk Melakukan
Belajar untuk melakukan bermaksud pendidikan mesti dapat melengkapkan seseorang dengan kemahiran yang penting yang mana akan membolehkan seseorang itu terus hidup dan mengambil bahagian dalam dunia global secara berkesan. Potensi seseorang akan digilap dalam proses pembelajaran sehingga seseorang dapat melakukannya perubahan kepada persekitarannya pada masa hadapan. Dalam erti kata lain, seseorang itu mampu untuk mencipta inovasi berdasarkan pengetahuan yang telah diperolehinya. Kompetensi personal dan profesional seperti kemahiran interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah adalah faktor-faktor penting dalam menentukan Belajar Untuk Melakukan berhasil. Peranan pendidikan dalam Belajar Untuk Melakukan adalah untuk meningkatkan inisiatif individu dalam penyertaan pembangunan masa depan mereka yang berasaskan pengetahuan teoritikal dan praktikal. Peranan sekolah dan guru-guru adalah untuk memastikan pelajar dapat menguasai dengan baik kompetensi personal dan melakukan yang terbaik.
1.6.4 Belajar Untuk Menjadi Apa
Belajar Untuk Menjadi Apa menekankan bahawa pendidikan seharusnya mampu untuk membangunkan seseorang secara holistik dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi dan estetik seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan mesti menyediakan peluang untuk seseorang membangunkan potensi sepenuhnya supaya dia boleh berfikir dan menilai secara kritis dan bebas, dapat membuat keputusan yang terbaik, mengambil tindakan yang paling sesuai dalam kehidupan mereka dan seterusnya bertanggungjawab ke atas tindakan yang telah diambil. Tugas penting pendidikan adalah untuk memastikan bahawa semua orang menikmati kebebasan untuk berfikir, membuat pertimbangan yang wajar, kebebasan merasa dan membuat imaginasi untuk membangunkan bakat mereka dan seterusnya menentukan cara hidup mereka. Cabaran yang dihadapi oleh guru adalah untuk memastikan bahawa semua pelajar sentiasa dilengkapi dengan sumber-sumber personal dan alat intelektual yang diperlukan untuk memahami dunia dan bertindak sebagai seorang manusia yang bertanggungjawab dan adil. Keadaan begini boleh ditingkatkan melalui kerja berkumpulan, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan projek.
1.6.5 Belajar Untuk Hidup Bersama
Belajar untuk hidup bersama adalah satu lagi tonggak penting erana tiada siapa yang boleh hidup bersendirian di dunia ini. Pendidikan perlu menyedarkan individu tentang kepentingan kedamaian di dunia. Individu mesti diberi pendedahan tentang nilai-nilai hak asasi manusia, prinsip-prinsip demokrasi, memahami dan menghormati kepelbagaian sosio budaya, toleransi dan memupuk keamanan dalam masyarakat dan menjalin hubungan sesama manusia tanpa mengira perbezaan latar belakang supaya semua manusia sentiasa hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Sekolah dan guru-guru perlu mengajar dan menggalakkan para pelajar untuk mengelakkan konflik dan menyelesaikan masalah dengan cara yang aman. Dua elemen yang perlu diajar kepada pelajar-pelajar di dalam proses Belajar Untuk Hidup adalah untuk memahami perbezaan individu dan bekerjasama dengan orang lain ke arah matlamat yang sama.
1.6.6 Cabaran kepada guru
Dalam proses mencapai matlamat empat tonggak pendidikan seperti mana yang digariskan dalam UNESCO, sekolah dan guru-guru menghadapi cabaran yang besar kerana mereka perlu memastikan bahawa proses pendidikan dapat memberikan peluang kepada individu untuk meneroka, bergaul dan berinteraksi dengan orang-orang dari latar belakang yang berbeza sejak peringkat awal lagi. Individu mesti sedar, memahami dan menghormati perbezaan jantina, etnik, status sosio-ekonomi, intelektual, kepercayaan dan agama.
1.6.7 Cara guru menangani cabaran
Guru-guru perlu menekankan kepentingan toleransi dan bekerjasama dengan orang lain demi mencapai keamanan dan keharmonian dalam kehidupan setiap hari. Di samping itu, pendidikan juga harus membangunkan individu secara holistik yang mempunyai kemahiran dan kecekapan yang membolehkan individu terus hidup di dunia global yang penuh dengan cabaran.
1.7 Globalisasi dalam Pendidikan
1.7.1 Definisi
Globalisasi merujuk kepada proses yang membolehkan pasaran kewangan dan pelaburan untuk beroperasi di peringkat antarabangsa, sebahagian besarnya adalah hasil daripada pembatalan kawal selia dan peningkatan komunikasi secara berkesan (Collin kamus, 2013). Menurut Financial Time Lexicon (2013), globalisasi menerangkan proses di mana ekonomi serantau dan negara, masyarakat dan budaya telah menjadi bersepadu melalui rangkaian perdagangan global, komunikasi, imigresen dan pengangkutan.
Globalisasi juga menyediakan platform untuk semua orang tanpa mengira bangsa, kaum, warna kulit, status dan latar belakang untuk bersaing secara adil dalam mana-mana bidang. Globalisasi telah membawa kedua-dua kesan positif dan negatif dalam banyak aspek kehidupan kita terutamanya pendidikan. Ini kerana pendidikan adalah salah satu bidang yang banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan perlu menyesuaikan diri dengan perubahan pesat di seluruh dunia.
1.7.2 Isu-Isu Semasa dalam Globalisasi Pendidikan
Impak globalisasi terhadap sektor pendidikan adalah seperti berikut:
1.7.3 Cara-cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan
Kesan globalisasi kepada pendidikan telah mencabar proses pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia kerana kita perlu menyesuaikan diri dan mengikuti trend di seluruh dunia supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Cabaran-cabaran yang dihadapi adalah seperti berikut:
1.7.4 Cara-Cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan
Sekolah dan guru-guru bertanggungjawab dalam menghasilkan pelajar-pelajar yang mampu untuk bersaing dalam era globalisasi ini. Pelajar perlu mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran yang berterusan bagi membolehkan mereka terus berada dalam perubahan yang pesat ini. Guru-guru perlu melengkapkan pelajar dengan keupayaan untuk berkomunikasi secara lisan dan dalam bentuk bertulis dengan menggunakan bahasa antarabangsa seperti Bahasa Inggeris supaya mereka dapat berinteraksi dan berkomunikasi di peringkat antarabangsa. Untuk melibatkan diri secara global, pelajar perlu menguasai kemahiran TMK kerana TMK adalah satu bidang yang pesat berubah. Sekolah dan guru-guru perlu memastikan bahawa kurikulum masa kini membolehkan pelajar menguasai kemahiran kognitif yang berguna dalam menyelesaikan tugas-tugas yang kompleks dan mencabar, di samping menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru untuk inovasi. Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menekankan aspek etika dan moral serta menyedari kesan negatif penggunakan ICT
dalam zaman globalisasi ini.
1.8 Kepelbagaian Budaya
1.8.1 Definisi
Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang mempunyai
masyarakat berbilang kaum, ataupun masyarakat majmuk, yang terdiri
daripada bangsa utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India.
Kepelbagaian Budaya pula merujuk kepada kepelbagaian adat dan budaya dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum. Stavenhagen (1986) berpendapat kepelbagaian budaya merupakan rangkuman dari pelbagai aspek yang meliputi budaya, etnik, agama, amalan tradisi yang mengarah kepada kecenderungan dan memberi kefahaman di antara sesama kaum.
Kepelbagaian Budaya menurut Kymlicka (1999) pula adalah merujuk kepada kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang memberi tumpuan kepada tiga perspektif seperti berikut:
(1) Perspektif Universal (memahami fenomena perubahan setiap masyarakat secara universal),
(2) Perspektif Etnik (mengkaji permasalahan dan konflik setiap etnik), dan
(3) Perspektif Budaya (mengkaji cara bagaimana setiap etnik mengekspresikan budaya mereka).
1.8.2 Isu Pendidikan Semasa
Fenomena kepelbagaian budaya dalam situasi di sekolah negara kita telah membawa pelbagai implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khasnya kepada pelajar. Implikasi Kepelbagaian Budaya Kepada Pelajar :
Positif
1.8.3 Cabaran Kepada Guru
Dalam hal ini, guru mesti memiliki rasa kesungguhan dan penghayatan yang mendalam ketika melaksanakan upacara/program untuk menangani isu kepelbagaian budaya yang dianjurkan oleh pihak kementerian pelajaran/sekolah sehingga boleh menjadi role model kepada para murid di sekolah.
Antara cabaran kepada guru dalam menangani isu kepelbagaian budaya di sekolah ialah meningkatkan kesedaran pelajar. Kesedaran yang hendak diterapkan dalam pemikiran pelajar berbilang kaum di Malaysia ialah bagaimana :
i. menerima dan menghargai identiti setiap kaum.
ii. menghormati perbezaan budaya yang wujud (nilai, adat resam dan cara hidup).
iii. menghargai keunikan budaya.
iv. mempunyai kemahuan untuk berkongsi persamaan, sedia bekerjasama.
v. bersekutu memajukan bangsa.
1.8.4 Cara Menangani Isu Kepelbagaian Budaya
Jika membincangkan kepelbagaian budaya adalah sangat penting mengaitkannya dengan Integrasi nasional. Justeru pemahaman integrasi nasional merupakan inti pati kepada keperluan perpaduan negara. Integrasi Nasional dalam merujuk kepada Husein Ahmad (2000) dan Zakaria Abd Wahab (2000) yang merujuk makna integrasi nasional sebagai sesebuah masyarakat yang bersatu padu yang bercirikan persefahaman budaya, interaksi sosial, boleh bertoleransi antara kaum, memahami serta mengiktiraf persamaan dan perbezaan antara kaum. Ciri-ciri ini adalah merupakan satu asas bagi menentukan wujudnya integrasi nasional bagi membentuk identiti bangsa Malaysia.
Antara cara-cara yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk
mengatasi masalah kepelbagaian budaya adalah seperti berikut :
1.9 Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
1.9.1 Definisi
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, khususnya dalam bidang pendidikan. Pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini.
1.9.2 Isu Pendidikan Semasa
Andaian umum yang menyatakan bahawa sekiranya perkakasan dan perisian telah tersedia di sekolah, pengintegrasian teknologi maklumat akan berlaku secara automatik adalah kurang tepat kerana salah satu penentu utama kejayaan atau kegagalan pengintegrasiannya adalah guru. Sejauh manakah guru masa kini dapat menerima cabaran untuk mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan?
Pengaruh TMK melalui internet juga telah memberi pendedahan kepada pelajar tentang pemerolehan sumber maklumat alternatif seperti perpustakaan maya selain buku teks atau mengunjungi perpustakaan. Jika pelajar dididik untuk menggunakan internet secara berkesan, para guru berupaya melahirkan satu genarasi yang dinamik dan progresif kerana dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkini.
1.9.3 Cabaran Kepada Guru
Cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran ini boleh dilihat daripada kesediaan guru yang meliputi tiga aspek iaitu tahap kemahiran, pengetahuan dan sikap.
Pengetahuan Teknologi Maklumat Guru
Pengetahuan serta sikap terhadap komputer adalah dipengaruhi oleh kekerapan penggunaan komputer. Semakin kerap seseorang individu menggunakan komputer, tahap pengetahuannya juga akan semakin meningkat. Tahap pengetahuan teknologi maklumat guru boleh ditingkatkan melalui kursus-kursus teknologi maklumat. Oleh itu, guru-guru mesti bersedia mengikuti kursus-kursus teknologi maklumat tersebut dan sanggup mengorbankan masa untuk diri dan keluarga.
Kesimpulannya, selain kemahiran alatan produktiviti iaitu pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, persembahan, pangkalan data dan Internet, tumpuan kursus dan latihan perlu ke arah kemahiran lain seperti kemahiran mencari dan memilih maklumat daripada Internet, pembinaan laman web dan juga mengarang perisian kursus pendidikan yang sesuai dengan pengajaran subjek.
Akhir sekali, yang lebih penting adalah kebolehan untuk menyebatikan kemahiran-kemahiran tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana matlamat kita adalah untuk menggunakan teknologi komputer dalam pendidikan secara am dan dalam pengajaran dan pembelajaran secara khusus. Namun begitu, harus diingat bahawa teknologi hanya merupakan alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan.
1.9.4 Cara Menangani Isu Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Usaha Kementerian Pelajaran tidak akan berjaya jika para guru tidak dibudayakan sepenuhnya akan penggunaan komputer dan TMK. Pengalaman di negara maju menunjukkan lima keperluan perlu ada jika Kementerian Pelajaran ingin meningkatkan pendedahan dan penerimaan
guru kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Keperluan itu ialah:
1.10 Gejala Sosial
1.10.1 Definisi
Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda golongan remaja dan belia. Pada zaman remaja, seseorang itu berdepan dengan satu siri krisis identiti iaitu pembentukan dan pengembangan identiti diri. Kegagalan untuk mengatasi cabaran itu membuatkan remaja mengalami krisis kekeliruan. Krisis kekeliruan yang
menguasai diri remaja jika tidak dibendung dan di atasi boleh menyebabkan gejala sosial. Fenomena ini merupakan salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang boleh merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan diatasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap pembangunan dan kemajuan negara.
Gejala sosial adalah sesuatu yang merangkumi pelbagai tingkah laku negatif di dalam anggota masyarakat yang tidak memberikan faedah kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat, komuniti ataupun negara. Banyak faktor yang mendorong remaja pada masa kini terlibat dalam gejala sosial yang kurang sihat ini. Menurut Abd. Rahim (2006), penglibatan remaja dalam pelbagai gejala sosial berpunca daripada beberapa faktor; antaranya ialah faktor dalaman diri remaja itu sendiri iaitu dari aspek perkembangan personaliti, kegagalan fungsi institusi keluarga dan juga pengaruh rakan sebaya. Zainal dan Sharani (2004) pula menyatakan pengaruh persekitaran di sekolah juga menjadi punca keruntuhan akhlak di kalangan remaja.
1.10.2 Isu Pendidikan Semasa
Pada masa kini, tingkah laku golongan pelajar dan remaja khususnya semakin mencabar dengan pelbagai masalah. Keruntuhan moral dalam kalangan pelajar sekolah digambarkan menerusi perlakuan seks bebas, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi, kesalahan juvana, penagihan dadah, pembakaran sekolah dan sebagainya semakin meningkat. Kadar penglibatan remaja dalam masalah sosial yang semakin serius ini semuanya berpunca dari beberapa faktor dalaman dan luaran, antaranya ialah:
1.10.3 Cabaran Kepada Guru
Sejauh manakah para guru bersedia menghadapi cabaran gejala sosial di kalangan anak murid mereka? Para guru berperanan mengawal pelajar mereka daripada melakukan gejala sosial. Secara dekat para guru perlu mendampingi setiap pelajar dan memahami permasalahan mereka. Para guru harus peka dan bersikap terbuka serta sentiasa memberikan dorongan kepada pelajar mereka dan ini akan membuka ruang bagi para pelajar untuk membincangkan dan berkongsi masalah yang dihadapi oleh mereka. Di samping itu, disiplin sekolah perlu diketatkan. Hubungan erat antara para guru dengan ibu bapa pelajar perlu ditingkatkan. Pihak sekolah juga boleh memberikan kaunseling kepada pelajar yang bermasalah agar pelajar tersebut tidak berasa dirinya dipinggirkan. Semua usaha yang disebutkan di atas bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan tetapi memerlukan kasih sayang dan kesabaran yang amat tinggi daripada insan yang digelar guru.
1.10.4 Cara Menangani Isu Gejala Sosial
Dengan itu, cara-cara untuk menangani gejala sosial dapat dirumuskan seperti berikut:
Peranan Ibu Bapa
1.11 Laporan dan Analisis Berkaitan Pencapaian Pendidikan Negara
1.11.1 Analisis Pencapaian Pendidikan Dalam Negara
Antara matlamat yang hendak dicapai dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI nya dengan sasaran khusus agar dapat diukur. Dengan berpandukan KPI ini yang mementingkan konsep pencapaian, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju kepada pembentukan modal insan. Dalam usaha meningkatkan pencapaian pendidikan dalam negara, pihak kementerian telah mengiktiraf 66 buah sekolah sebagai status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) berdasarkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan bukan akademik.
Sebenarnya kejayaan sekolah-sekolah berkenaan adalah hasil daripada pelbagai program pendidikan yang telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan di negara kita. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut pencapaian pendidikan dalam negara anda digalakkan membuat bacaan luas dengan merujuk pengkelasan sekolah yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian iaitu;
i. Pendidikan Integrasi
ii. Pendidikan Inklusif
iii. Sekolah Kurang Murid
iv. Sekolah Kluster Kecemerlangan
v. Sekolah Jalinan Kasih
vi. Sekolah Dalam Hospital
1.11.2 Analisis Pencapaian Pendidikan Peringkat Antarabangsa
Keputusan TIMSS 2011, menunjukkan pelajar-pelajar di Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains. Keputusan tidak memberansangkan juga dicatatkan oleh pelajar Malaysia dalam pentaksiran untuk 2009 PISA. Walaupun kedua-dua sistem pentaksiran itu, TIMSS dan PISA, menunjukkan keputusan pencapaian pelajar Malaysia yang membimbangkan (moe.gov.my/en/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013). Namun terdapat banyak kejayaan yang cemerlang pelajar dan sekolah di seluruh negara setanding dengan piawaian antarabangsa.

- Perbezaan dalam agama dan budaya
- Polisi pecah perintah British
- Sistem pendidikan dan penggunaan bahasa pengantara yang berbeza di sekolah
- Penglibatan sektor ekonomi berasaskan kumpulan etnik
- Penempatan geografi yang berbeza berdasarkan sumber pendapatan kumpulan etnik
- Parti politik berdasarkan kumpulan etnik
1.4.4 Cara-Cara Menangani Isu-Isu Integrasi Nasional
Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses menyatukan semua kumpulan etnik di negara kita. Pendidikan dapat membentuk modal insan yang berkembang secara holistik dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani yang mana merupakan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, banyak langkah telah diambil oleh Kementerian Pelajaran untuk melahirkan generasi masa hadapan yang bersemangat patriotik, bertoleransi, progresif dan bersatu untuk menjadikan Malaysia negara yang cemerlang. Langkah-langkah yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
- Pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan kurikulum dan penilaian yang sama di semua sekolah.
- Memperkasakan Sekolah Kebangsaan untuk memupuk semangat bersatu dalam kalangan kumpulan etnik yang berbeza.
- Mengasimilasikan nilai-nilai diri yang positif, nilai-nilai moral dan seni dalam semua mata pelajaran.
- Memperkenalkan mata pelajaran sivik dan kewarganegraan di sekolah rendah dan sekolah menengah pada tahun 2003.
- Memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan.
Tiga jenis sekolah, iaitu SK / SRK, SRJK (C) dan SRJK (T) yang terlibat dalam rancangan ini. Objektif pelan ini adalah:
i. Meningkatkan penyertaan pelajar dan guru dari ketiga-tiga jenis sekolah berkenaan dalam aktiviti-aktiviti khas.
ii. Menambahkan interaksi, persefahaman, kerjasama, muhibah dan toleransi pelajar daripada tiga jenis sekolah
iii. Penggunaan kemudahan dan peralatan tiga jenis sekolah bersama-sama secara maksimum.
Integrasi nasional boleh dicapai berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam modul yang merangkumi aspek-aspek yang disenaraikan di bawah:
- Modul Aktiviti untuk kecemerlangan akademik
- Modul Aktiviti untuk sukan dan permainan
- Modul Aktiviti untuk ko-kurikulum
- Modul Aktiviti untuk perkhidmatan sosial
- Modul Aktiviti untuk meningkatkan semangat patriotik
1.4.4.2 Konsep 1 Malaysia
Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak. Ini adalah salah satu langkah yang paling penting yang diambil oleh Perdana Menteri untuk memupuk perpaduan negara dan untuk membina hubungan yang rapat antara semua kumpulan etnik di Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah. Menurut Laman web peribadi Perdana Menteri, 1 Malaysia adalah formula yang dikonsepsikan sebagai satu pra-syarat bagi memastikan aspirasi negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 tercapai sekiranya konsep 1 Malaysia ini diterapkan dalam minda rakyat dan diamalkan oleh seluruh masyarakat. Jika idea "Bangsa Malaysia" yang ditimbulkan melalui Wawasan 2020 menjadi destinasi akhir, maka 1 Malaysia adalah hala tuju yang membimbing kita ke arah destinasi itu.
Terdapat lapan nilai murni yang diketengahkan dalam konsep 1 Malaysia, iaitu budaya cemerlang, ketabahan, rendah hati, penerimaan,kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Nilai penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti adalah faktor yang paling penting dalam pembangunan integrasi nasional. Penerimaan bermakna rakyat negara ini mesti dapat menerima kekuatan kumpulan etnik yang lain dan mampu untuk bersetuju dengan semua perkara untuk kebaikan negara ini. Kesetiaan adalah penting kerana semua rakyat Malaysia perlu taat setia kepada raja dan negara selain daripada membina amanah untuk meningkatkan hubungan antara kumpulan etnik yang berbeza. Meritokrasi merupakan satu elemen penting bagi sebuah negara demokratik di mana semua orang di negara ini layak diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam mana-mana bidang. Pendidikan akan memastikan nilai-nilai murni terpupuk di kalangan generasi masa depan di samping menjadikan mereka modal insan kelas pertama di negara ini. Lapan nilai tersebut berfungsi sebagai tunggak dalam mengintegrasi dan menyatukan semua rakyat Malaysia untuk mencapai wawasan 2020.
1.5 Pendemokrasian Pendidikan
1.5.1 Definisi
Pendemokrasian pendidikan merujuk kepada kesamarataan peluang untuk semua orang yang mana melibatkan peruntukan kewangan dan bahan-bahan sumber yang besar, melibatkan pembangunan dasar yang direka untuk mengurangkan ketidaksamaan dari segi sosial dan ekonomi, di samping mengurangkan kos persekolahan seperti yuran dan kos bahan, melibatkan pembangunan kurikulum yang berkaitan dan kerja-kerja merangka prosedur pemilihan yang sesuai untuk peluang-peluang pendidikan di peringkat yang lebih tinggi (Kiyau, 1981). Menurut Dewey (1966) pendemokrasian pendidikan bermakna peluang yang disediakan untuk semua orang untuk berjaya dalam pendidikan dan menggunakan pendidikan sebagai alat utama untuk berjaya dalam hidup dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
1.5.2 Isu-Isu Semasa dalam Pendemokrasian Pendidikan
Banyak langkah dan dasar telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran untuk memastikan bahawa semua orang di negara ini mempunyai peluang pendidikan yang berkualiti secara percuma. Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu memastikan bahawa pelajar-pelajar yang kurang upaya juga diajar berdasarkan sistem dan kurikulum yang sama dengan pelajar-pelajar normal. Usaha kerajaan untuk mencapai matlamat pendemokrasian pendidikan yang dinyatakan di dalam dasar pendidikan adalah seperti: pendidikan wajib dan percuma untuk sekolah rendah dan sekolah menengah, pelaksanaan sekolah-sekolah vernakular (SJK Cina dan SJK Tamil), sekolah teknik, sekolah berasrama, sekolah agama dan sekolah pendidikan khas. Sekolah kurang murid (SKM) adalah untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar dari kawasan-kawasan terpencil. Dalam usaha untuk menyediakan peluang kepada orang ramai untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat pengajian tinggi, kerajaan telah mewujudkan pendidikan atas talian, kolej-kolej dan universiti swasta. Selain itu, pelbagai program seperti Skim Bantuan Pendidikan, Skim Pinjaman Buku Teks dan Pelan Makanan Tambahan telah dilaksanakan untuk membantu pelajar daripada golongan berpendapatan rendah supaya mereka terus kekal dalam sistem pendidikan dan sentiasa sihat.
1.5.3 Cabaran-Cabaran dalam Pendemokrasian Pendidikan
Pelbagai cabaran telah dihadapi oleh kerajaan dalam melaksanakan pendemokrasian pendidikan. Kerajaan perlu memastikan bahawa pendidikan berkualiti diberikan kepada pelajar-pelajar tanpa mengira latar belakang etnik, status sosio-ekonomi, lokasi dan ekuiti. Pelajar-pelajar dari sekolah luar bandar harus mempunyai hak untuk menggunakan kemudahan dan infrastruktur yang sama seperti di sekolah-sekolah bandar. Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah luar bandar juga perlu diajar oleh guru-guru terlatih dan berkualiti bagi memudahkan mereka untuk pencapaian akademik yang cemerlang.
1.5.4 Peranan Guru dalam Pendemokrasian Pendidikan
Guru memainkan peranan dalam merealisasikan matlamat
pendemokrasian pendidikan dengan memastikan peluang yang sama
diberikan kepada semua pelajar tanpa mengira etnik, jantina, status sosioekonomi,
latar belakang budaya, agama, dan kecerdasan supaya mereka
dapat memperkembangkan potensi mereka secara maksimum dan
mencapai kecemerlangan dalam akademik. Pada masa yang sama, guruguru
perlu adil dan saksama dalam semua aspek apabila berinteraksi
dengan pelajar-pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik.
1.6 Tonggak Pendidikan UNESCO
1.6.1 Pengenalan
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) adalah salah satu agensi Bangsa-Bangsa Bersatu yang memainkan peranan untuk membawa keamanan, keselamatan dan keharmonian kepada dunia dengan menggalakkan kerjasama dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan. Empat tonggak pendidikan seperti yang dinyatakan oleh UNESCO yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar ialah (1) belajar untuk mengetahui, (2) belajar untuk melakukan, (3) belajar untuk menjadi apa dan (4) belajar untuk hidup bersama.
1.6.2 Belajar Untuk Mengetahui
Belajar untuk mengetahui adalah salah satu alat yang penting dalam proses pembelajaran. Ia adalah satu alat kognitif di mana seseorang mesti memperoleh untuk memahami kerumitan persekitaran dan seterusnya memaksimumkan potensi kecemerlangan. Belajar untuk mengetahui juga sebagai keperluan asas yang dapat memudahkan pembelajaran pada masa depan. Seseorang juga mesti mengetahui orang di sekelilingnya melalui komunikasi dan interaksi yang mana akan membantu seseorang itu mencapai kejayaan dalam hidupnya. Belajar untuk mengetahui melibatkan proses pembelajaran untuk memperkembangan daya tumpuan, kemahiran mengingat dan keupayaan untuk berfikir. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu merancang satu proses pembelajaran yang menyeronokkan, memupuk minat dan rasa ingin tahu pelajar untuk mencetuskan keinginan mereka untuk mendapatkan pengetahuan baru yang lebih mendalam. Selain itu, guru juga perlu memperkenalkan kemahiran-kemahiran untuk membantu pelajar memperoleh pengetahuan yang baru.
1.6.3 Belajar Untuk Melakukan
Belajar untuk melakukan bermaksud pendidikan mesti dapat melengkapkan seseorang dengan kemahiran yang penting yang mana akan membolehkan seseorang itu terus hidup dan mengambil bahagian dalam dunia global secara berkesan. Potensi seseorang akan digilap dalam proses pembelajaran sehingga seseorang dapat melakukannya perubahan kepada persekitarannya pada masa hadapan. Dalam erti kata lain, seseorang itu mampu untuk mencipta inovasi berdasarkan pengetahuan yang telah diperolehinya. Kompetensi personal dan profesional seperti kemahiran interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah adalah faktor-faktor penting dalam menentukan Belajar Untuk Melakukan berhasil. Peranan pendidikan dalam Belajar Untuk Melakukan adalah untuk meningkatkan inisiatif individu dalam penyertaan pembangunan masa depan mereka yang berasaskan pengetahuan teoritikal dan praktikal. Peranan sekolah dan guru-guru adalah untuk memastikan pelajar dapat menguasai dengan baik kompetensi personal dan melakukan yang terbaik.
1.6.4 Belajar Untuk Menjadi Apa
Belajar Untuk Menjadi Apa menekankan bahawa pendidikan seharusnya mampu untuk membangunkan seseorang secara holistik dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi dan estetik seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan mesti menyediakan peluang untuk seseorang membangunkan potensi sepenuhnya supaya dia boleh berfikir dan menilai secara kritis dan bebas, dapat membuat keputusan yang terbaik, mengambil tindakan yang paling sesuai dalam kehidupan mereka dan seterusnya bertanggungjawab ke atas tindakan yang telah diambil. Tugas penting pendidikan adalah untuk memastikan bahawa semua orang menikmati kebebasan untuk berfikir, membuat pertimbangan yang wajar, kebebasan merasa dan membuat imaginasi untuk membangunkan bakat mereka dan seterusnya menentukan cara hidup mereka. Cabaran yang dihadapi oleh guru adalah untuk memastikan bahawa semua pelajar sentiasa dilengkapi dengan sumber-sumber personal dan alat intelektual yang diperlukan untuk memahami dunia dan bertindak sebagai seorang manusia yang bertanggungjawab dan adil. Keadaan begini boleh ditingkatkan melalui kerja berkumpulan, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan projek.
1.6.5 Belajar Untuk Hidup Bersama
Belajar untuk hidup bersama adalah satu lagi tonggak penting erana tiada siapa yang boleh hidup bersendirian di dunia ini. Pendidikan perlu menyedarkan individu tentang kepentingan kedamaian di dunia. Individu mesti diberi pendedahan tentang nilai-nilai hak asasi manusia, prinsip-prinsip demokrasi, memahami dan menghormati kepelbagaian sosio budaya, toleransi dan memupuk keamanan dalam masyarakat dan menjalin hubungan sesama manusia tanpa mengira perbezaan latar belakang supaya semua manusia sentiasa hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Sekolah dan guru-guru perlu mengajar dan menggalakkan para pelajar untuk mengelakkan konflik dan menyelesaikan masalah dengan cara yang aman. Dua elemen yang perlu diajar kepada pelajar-pelajar di dalam proses Belajar Untuk Hidup adalah untuk memahami perbezaan individu dan bekerjasama dengan orang lain ke arah matlamat yang sama.
1.6.6 Cabaran kepada guru
Dalam proses mencapai matlamat empat tonggak pendidikan seperti mana yang digariskan dalam UNESCO, sekolah dan guru-guru menghadapi cabaran yang besar kerana mereka perlu memastikan bahawa proses pendidikan dapat memberikan peluang kepada individu untuk meneroka, bergaul dan berinteraksi dengan orang-orang dari latar belakang yang berbeza sejak peringkat awal lagi. Individu mesti sedar, memahami dan menghormati perbezaan jantina, etnik, status sosio-ekonomi, intelektual, kepercayaan dan agama.
1.6.7 Cara guru menangani cabaran
Guru-guru perlu menekankan kepentingan toleransi dan bekerjasama dengan orang lain demi mencapai keamanan dan keharmonian dalam kehidupan setiap hari. Di samping itu, pendidikan juga harus membangunkan individu secara holistik yang mempunyai kemahiran dan kecekapan yang membolehkan individu terus hidup di dunia global yang penuh dengan cabaran.
1.7 Globalisasi dalam Pendidikan
1.7.1 Definisi
Globalisasi merujuk kepada proses yang membolehkan pasaran kewangan dan pelaburan untuk beroperasi di peringkat antarabangsa, sebahagian besarnya adalah hasil daripada pembatalan kawal selia dan peningkatan komunikasi secara berkesan (Collin kamus, 2013). Menurut Financial Time Lexicon (2013), globalisasi menerangkan proses di mana ekonomi serantau dan negara, masyarakat dan budaya telah menjadi bersepadu melalui rangkaian perdagangan global, komunikasi, imigresen dan pengangkutan.
Globalisasi juga menyediakan platform untuk semua orang tanpa mengira bangsa, kaum, warna kulit, status dan latar belakang untuk bersaing secara adil dalam mana-mana bidang. Globalisasi telah membawa kedua-dua kesan positif dan negatif dalam banyak aspek kehidupan kita terutamanya pendidikan. Ini kerana pendidikan adalah salah satu bidang yang banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan perlu menyesuaikan diri dengan perubahan pesat di seluruh dunia.
1.7.2 Isu-Isu Semasa dalam Globalisasi Pendidikan
Impak globalisasi terhadap sektor pendidikan adalah seperti berikut:
- Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa.
- Pendidikan di negara ini terbuka kepada dunia luar di mana universiti-universiti asing dibenarkan untuk menubuhkan cawangan mereka di sini.
- Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan meningkat apabila banyak kolej swasta dan universiti telah ditubuhkan.
- Penekanan dalam penilaian dan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Internet sebagai sumber maklumat dan komunikasi.
- Peranan guru-guru di dalam kelas lebih kepada pemudah cara.
- Guru perlu celik ICT dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran.
- Pelajar-pelajar kita mampu bersaing dalam pasaran buruh global.
- Persaingan yang adil di kalangan institusi pengajian tinggi.
- Pembelajaran sepanjang hayat boleh dicapai dengan peluang pembelajaran yang disediakan.
- Perkongsian pengetahuan terutamanya penemuan baru hasil kajian yang dilakukan di seluruh dunia.
- Membolehkan pencapaian matlamat pendemokrasian pendidikan apabila setiap orang diberi peluang pendidikan.
1.7.3 Cara-cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan
Kesan globalisasi kepada pendidikan telah mencabar proses pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia kerana kita perlu menyesuaikan diri dan mengikuti trend di seluruh dunia supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Cabaran-cabaran yang dihadapi adalah seperti berikut:
- Keperluan untuk mengamalkan pembelajaran berterusan
- Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
- Pentadbiran pendidikan
- Pembangunan identiti pelajar
- Kualiti Guru
- Keperluan untuk mengubah kurikulum selaras dengan peluang globalisasi
- Guru-guru tidak bersedia dengan perubahan terutamanya dalam aspek penggunaan ICT dalam proses pengajaran
- Peningkatan dalam beban kerja
- Sikap guru dalam pengajaran di zaman global
- Perubahan yang pesat dalam pendidikan akibat globalisasi
- Pengaruh negatif kepada identiti pelajar
- Budaya sekolah tidak menyokong peluang pembelajaran cara global
1.7.4 Cara-Cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan
Sekolah dan guru-guru bertanggungjawab dalam menghasilkan pelajar-pelajar yang mampu untuk bersaing dalam era globalisasi ini. Pelajar perlu mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran yang berterusan bagi membolehkan mereka terus berada dalam perubahan yang pesat ini. Guru-guru perlu melengkapkan pelajar dengan keupayaan untuk berkomunikasi secara lisan dan dalam bentuk bertulis dengan menggunakan bahasa antarabangsa seperti Bahasa Inggeris supaya mereka dapat berinteraksi dan berkomunikasi di peringkat antarabangsa. Untuk melibatkan diri secara global, pelajar perlu menguasai kemahiran TMK kerana TMK adalah satu bidang yang pesat berubah. Sekolah dan guru-guru perlu memastikan bahawa kurikulum masa kini membolehkan pelajar menguasai kemahiran kognitif yang berguna dalam menyelesaikan tugas-tugas yang kompleks dan mencabar, di samping menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru untuk inovasi. Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menekankan aspek etika dan moral serta menyedari kesan negatif penggunakan ICT
dalam zaman globalisasi ini.
1.8 Kepelbagaian Budaya
1.8.1 Definisi
Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang mempunyai
masyarakat berbilang kaum, ataupun masyarakat majmuk, yang terdiri
daripada bangsa utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India.
Kepelbagaian Budaya pula merujuk kepada kepelbagaian adat dan budaya dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum. Stavenhagen (1986) berpendapat kepelbagaian budaya merupakan rangkuman dari pelbagai aspek yang meliputi budaya, etnik, agama, amalan tradisi yang mengarah kepada kecenderungan dan memberi kefahaman di antara sesama kaum.
Kepelbagaian Budaya menurut Kymlicka (1999) pula adalah merujuk kepada kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang memberi tumpuan kepada tiga perspektif seperti berikut:
(1) Perspektif Universal (memahami fenomena perubahan setiap masyarakat secara universal),
(2) Perspektif Etnik (mengkaji permasalahan dan konflik setiap etnik), dan
(3) Perspektif Budaya (mengkaji cara bagaimana setiap etnik mengekspresikan budaya mereka).
1.8.2 Isu Pendidikan Semasa
Fenomena kepelbagaian budaya dalam situasi di sekolah negara kita telah membawa pelbagai implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khasnya kepada pelajar. Implikasi Kepelbagaian Budaya Kepada Pelajar :
Positif
- Berpeluang mempelajari kepelbagaian budaya
- Membentuk interaksi sosial yang baik
- Memperkembangkan bakat
- Mempunyai masalah dalam kerja kumpulan
- Masalah komunikasi dan bahasa
- Sukar mewujudkan persefahaman
- Wujud perasaan rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri
1.8.3 Cabaran Kepada Guru
Dalam hal ini, guru mesti memiliki rasa kesungguhan dan penghayatan yang mendalam ketika melaksanakan upacara/program untuk menangani isu kepelbagaian budaya yang dianjurkan oleh pihak kementerian pelajaran/sekolah sehingga boleh menjadi role model kepada para murid di sekolah.
Antara cabaran kepada guru dalam menangani isu kepelbagaian budaya di sekolah ialah meningkatkan kesedaran pelajar. Kesedaran yang hendak diterapkan dalam pemikiran pelajar berbilang kaum di Malaysia ialah bagaimana :
i. menerima dan menghargai identiti setiap kaum.
ii. menghormati perbezaan budaya yang wujud (nilai, adat resam dan cara hidup).
iii. menghargai keunikan budaya.
iv. mempunyai kemahuan untuk berkongsi persamaan, sedia bekerjasama.
v. bersekutu memajukan bangsa.
1.8.4 Cara Menangani Isu Kepelbagaian Budaya
Jika membincangkan kepelbagaian budaya adalah sangat penting mengaitkannya dengan Integrasi nasional. Justeru pemahaman integrasi nasional merupakan inti pati kepada keperluan perpaduan negara. Integrasi Nasional dalam merujuk kepada Husein Ahmad (2000) dan Zakaria Abd Wahab (2000) yang merujuk makna integrasi nasional sebagai sesebuah masyarakat yang bersatu padu yang bercirikan persefahaman budaya, interaksi sosial, boleh bertoleransi antara kaum, memahami serta mengiktiraf persamaan dan perbezaan antara kaum. Ciri-ciri ini adalah merupakan satu asas bagi menentukan wujudnya integrasi nasional bagi membentuk identiti bangsa Malaysia.
Antara cara-cara yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk
mengatasi masalah kepelbagaian budaya adalah seperti berikut :
- Guru hendaklah mengambil daya usaha untuk menunjukkan kemesraan
- Guru hendaklah bersedia melayani murid-murid mengikut kebolehan dan sifat mereka yang berlainan.
- Memberi pendedahan murid-murid terhadap kepelbagaian sosio budaya
- Mempelbagaikan kaedah pengajaran
- Menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan semua murid
- Menghormati dan memahami keadaan sosial murid-murid
- Guru hendaklah mengadakan suasana demokratik dalam kelas
1.9 Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
1.9.1 Definisi
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, khususnya dalam bidang pendidikan. Pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini.
1.9.2 Isu Pendidikan Semasa
Andaian umum yang menyatakan bahawa sekiranya perkakasan dan perisian telah tersedia di sekolah, pengintegrasian teknologi maklumat akan berlaku secara automatik adalah kurang tepat kerana salah satu penentu utama kejayaan atau kegagalan pengintegrasiannya adalah guru. Sejauh manakah guru masa kini dapat menerima cabaran untuk mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan?
Pengaruh TMK melalui internet juga telah memberi pendedahan kepada pelajar tentang pemerolehan sumber maklumat alternatif seperti perpustakaan maya selain buku teks atau mengunjungi perpustakaan. Jika pelajar dididik untuk menggunakan internet secara berkesan, para guru berupaya melahirkan satu genarasi yang dinamik dan progresif kerana dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkini.
1.9.3 Cabaran Kepada Guru
Cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran ini boleh dilihat daripada kesediaan guru yang meliputi tiga aspek iaitu tahap kemahiran, pengetahuan dan sikap.
- Kemahiran Teknologi Maklumat Guru
Pengetahuan Teknologi Maklumat Guru
Pengetahuan serta sikap terhadap komputer adalah dipengaruhi oleh kekerapan penggunaan komputer. Semakin kerap seseorang individu menggunakan komputer, tahap pengetahuannya juga akan semakin meningkat. Tahap pengetahuan teknologi maklumat guru boleh ditingkatkan melalui kursus-kursus teknologi maklumat. Oleh itu, guru-guru mesti bersedia mengikuti kursus-kursus teknologi maklumat tersebut dan sanggup mengorbankan masa untuk diri dan keluarga.
- Sikap Guru Terhadap Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran
- Perisian Penyampaian Teknologi Maklumat
- Mendidik Pelajar Menggunakan Internet Secara Berkesan
Kesimpulannya, selain kemahiran alatan produktiviti iaitu pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, persembahan, pangkalan data dan Internet, tumpuan kursus dan latihan perlu ke arah kemahiran lain seperti kemahiran mencari dan memilih maklumat daripada Internet, pembinaan laman web dan juga mengarang perisian kursus pendidikan yang sesuai dengan pengajaran subjek.
Akhir sekali, yang lebih penting adalah kebolehan untuk menyebatikan kemahiran-kemahiran tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana matlamat kita adalah untuk menggunakan teknologi komputer dalam pendidikan secara am dan dalam pengajaran dan pembelajaran secara khusus. Namun begitu, harus diingat bahawa teknologi hanya merupakan alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan.
1.9.4 Cara Menangani Isu Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Usaha Kementerian Pelajaran tidak akan berjaya jika para guru tidak dibudayakan sepenuhnya akan penggunaan komputer dan TMK. Pengalaman di negara maju menunjukkan lima keperluan perlu ada jika Kementerian Pelajaran ingin meningkatkan pendedahan dan penerimaan
guru kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Keperluan itu ialah:
- sikap guru dan pelajar mestilah positif dan bersedia untuk berubah.
- prasarana komputer dan rangkaian komunikasi mestilah lengkap dan mencukupi.
- tenaga yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan teknologi maklumat mestilah mahir.
- peruntukan wang mestilah mencukupi untuk menggerakkan perkembangan TMK.
- hubungan interpersonal yang kuat antara guru dan pelajar.
1.10 Gejala Sosial
1.10.1 Definisi
Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda golongan remaja dan belia. Pada zaman remaja, seseorang itu berdepan dengan satu siri krisis identiti iaitu pembentukan dan pengembangan identiti diri. Kegagalan untuk mengatasi cabaran itu membuatkan remaja mengalami krisis kekeliruan. Krisis kekeliruan yang
menguasai diri remaja jika tidak dibendung dan di atasi boleh menyebabkan gejala sosial. Fenomena ini merupakan salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang boleh merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan diatasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap pembangunan dan kemajuan negara.
Gejala sosial adalah sesuatu yang merangkumi pelbagai tingkah laku negatif di dalam anggota masyarakat yang tidak memberikan faedah kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat, komuniti ataupun negara. Banyak faktor yang mendorong remaja pada masa kini terlibat dalam gejala sosial yang kurang sihat ini. Menurut Abd. Rahim (2006), penglibatan remaja dalam pelbagai gejala sosial berpunca daripada beberapa faktor; antaranya ialah faktor dalaman diri remaja itu sendiri iaitu dari aspek perkembangan personaliti, kegagalan fungsi institusi keluarga dan juga pengaruh rakan sebaya. Zainal dan Sharani (2004) pula menyatakan pengaruh persekitaran di sekolah juga menjadi punca keruntuhan akhlak di kalangan remaja.
1.10.2 Isu Pendidikan Semasa
Pada masa kini, tingkah laku golongan pelajar dan remaja khususnya semakin mencabar dengan pelbagai masalah. Keruntuhan moral dalam kalangan pelajar sekolah digambarkan menerusi perlakuan seks bebas, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi, kesalahan juvana, penagihan dadah, pembakaran sekolah dan sebagainya semakin meningkat. Kadar penglibatan remaja dalam masalah sosial yang semakin serius ini semuanya berpunca dari beberapa faktor dalaman dan luaran, antaranya ialah:
- Faktor Ekologi Keluarga
- Faktor Ekologi Sekolah
- Rakan Sebaya
- Media massa/Internet
- Modenisasi.
1.10.3 Cabaran Kepada Guru
Sejauh manakah para guru bersedia menghadapi cabaran gejala sosial di kalangan anak murid mereka? Para guru berperanan mengawal pelajar mereka daripada melakukan gejala sosial. Secara dekat para guru perlu mendampingi setiap pelajar dan memahami permasalahan mereka. Para guru harus peka dan bersikap terbuka serta sentiasa memberikan dorongan kepada pelajar mereka dan ini akan membuka ruang bagi para pelajar untuk membincangkan dan berkongsi masalah yang dihadapi oleh mereka. Di samping itu, disiplin sekolah perlu diketatkan. Hubungan erat antara para guru dengan ibu bapa pelajar perlu ditingkatkan. Pihak sekolah juga boleh memberikan kaunseling kepada pelajar yang bermasalah agar pelajar tersebut tidak berasa dirinya dipinggirkan. Semua usaha yang disebutkan di atas bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan tetapi memerlukan kasih sayang dan kesabaran yang amat tinggi daripada insan yang digelar guru.
1.10.4 Cara Menangani Isu Gejala Sosial
Dengan itu, cara-cara untuk menangani gejala sosial dapat dirumuskan seperti berikut:
Peranan Ibu Bapa
- mendidik dan mengasuh anak-anak mereka dengan cara yang betul
- meluangkan lebih masa bersama anak-anak mereka
- mengamalkan nilai-nilai agama
- merancang pengajaran dengan mengambil kira perbezaan individu pelajar
- mempelbagaikan strategi dan aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya menarik minat murid
- mengaplikasi kemahiran kaunseling dalam proses perbincangan dengan murid yang bermasalah
- memupuk nilai-nilai murni
- menjadi role model
- memberi motivasi
- medengar dan memberi sokongan
- mengubah sikap negatif
- yakin bahawa mereka mampu melakukan perubahan
- dekatkan diri dengan Tuhan
- penguatkuasaan undang-undang
1.11 Laporan dan Analisis Berkaitan Pencapaian Pendidikan Negara
1.11.1 Analisis Pencapaian Pendidikan Dalam Negara
Antara matlamat yang hendak dicapai dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI nya dengan sasaran khusus agar dapat diukur. Dengan berpandukan KPI ini yang mementingkan konsep pencapaian, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju kepada pembentukan modal insan. Dalam usaha meningkatkan pencapaian pendidikan dalam negara, pihak kementerian telah mengiktiraf 66 buah sekolah sebagai status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) berdasarkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan bukan akademik.
Sebenarnya kejayaan sekolah-sekolah berkenaan adalah hasil daripada pelbagai program pendidikan yang telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan di negara kita. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut pencapaian pendidikan dalam negara anda digalakkan membuat bacaan luas dengan merujuk pengkelasan sekolah yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian iaitu;
i. Pendidikan Integrasi
ii. Pendidikan Inklusif
iii. Sekolah Kurang Murid
iv. Sekolah Kluster Kecemerlangan
v. Sekolah Jalinan Kasih
vi. Sekolah Dalam Hospital
1.11.2 Analisis Pencapaian Pendidikan Peringkat Antarabangsa
Keputusan TIMSS 2011, menunjukkan pelajar-pelajar di Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains. Keputusan tidak memberansangkan juga dicatatkan oleh pelajar Malaysia dalam pentaksiran untuk 2009 PISA. Walaupun kedua-dua sistem pentaksiran itu, TIMSS dan PISA, menunjukkan keputusan pencapaian pelajar Malaysia yang membimbangkan (moe.gov.my/en/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013). Namun terdapat banyak kejayaan yang cemerlang pelajar dan sekolah di seluruh negara setanding dengan piawaian antarabangsa.
Subscribe to:
Posts (Atom)